Hmmm mendalam maksud dlm story ni. Bacalah utk peringatan kita
KEPADA YG MENJADI BAPA….
Seorang bapa pulang ke rumah dalam
keadaan letih disambut baik oleh
anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil
mengangkat briefcase ayahnya, si anak
itu bertanya kepada ayah…..
Anak: Ayah..ayah..boleh Amin tanya
satu soalan?
Ayah: Hmmm….nak tanya apa?
Anak: Ayah,berapa pendapatan ayah
sejam di pejabat?
Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa
sibuk-sibuk nak tanya?
Si ayah mula menengking.
Anak:Amin saja nak tahu ayah..
Tolonglah beritahu berapa pendapatan
ayah sejam di pejabat?
Si anak mula merayu pada ayahnya.
Ayah: 20 ringgit sejam.Kenapa nak
tahu?
Jerkah ayahnya lagi.
Anak: Oh..20 ringgit..
Amin menundukkan mukanya.
Anak: Ayah..boleh tak bagi Amin
pinjam 10 ringgit dari ayah?
Si ayah mula menjadi berang dan
berkata, “Oh,itu ke sebabnya kamu
tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak
buat apa dengan duit tu? Mintak sampai
10 ringgit? Nak beli mainan lagi??
Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu
senang-senang nak membazir ya..
Sudah,pergi masuk bilik.. tidur! Dah
pukul berapa nih…!!”
Si anak itu terdiam dan perlahan-
lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah
duduk di sofa sambil memikirkan
mengapa anaknya yang sekecil itu
meminta duit sampai 10 ringgit. Kira-
kira 2 jam kemudian, ayah kembali
tenang dan terfikir kemungkinan besar
anaknya benar-benar memerlukan duit
untuk keperluan di sekolah kerana
anaknya tak pernah meminta wang
sebegitu banyak sebelum ini.
Dengan perasaan bersalah, si ayah
melangkah menuju ke bilik anaknya.
Didapati anaknya masih belum
tidur.”Kamu benar-benar perlukan 10
ringgit? Nah.. ambil ni” Si ayah
mengeluarkan sekeping duit kaler
merah. Si anak itu segera bangun dan
tersenyum girang. “Terima kasih
banyaklah ayah!”
Lalu dia mengangkat bantalnya dan
mengeluarkan sekeping nota 10
ringgit yang sudah renyuk terhim pit
oleh bantal. Bila ternampak duit itu,
si ayah kembali berang. “Kenapa kamu
mintak duit lagi sedangkan kamu dah
ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana
kamu dapat duit tu??”
Amin tunduk… tak berani dia
merenung ayahnya. Sambil menggenggam
kemas duit itu, dia
menerangkan. ….”Duit ni Amin kumpul
dari belanja
sekolah yang ayah bagi hari-hari. Amin
minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab
Amin tak cukup duit…”
“Tak cukup duit nak beli apa??”
Jerkah ayahnya lagi.
“Ayah…. sekarang Amin dah ada 20
ringgit.. Nah..ayah ambil duit
ni. Amin nak beli sejam dari masa
ayah di pejabat tu. Amin nak ayah
balik kerja awal esok. Amin rindu nak
makan malam dengan ayah..” Jelas Amin
tanpa memandang wajah ayahnya…
Moral:
Kongsilah cerite ni ngan sesape aje
yg anda suka tapi..yang penting
sekali, kongsilah masa sebanyak 20
ringgit itu bersama2 dgn insan yang
anda sayangi. Ini hanyalah setitis
peringatan kepada sesiapa yang
bekerja keras sepanjang
hidupnya..yang bakal kerja sok lusa…
atau sesiapa saja yang selalu sibuk…
SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT HARI RAYA
Beza leLaki & pOmpuan (Masa lunch time aje)
Hmmmmm tadi member aku antar mail kat aku pasal ladys an gentle man masa nak lunch
cam menarik n aku rasa ada kebenaran nih
Kena wat servay dulu ni.
Cermin-cerminkan diri anda k
Beza leLaki ngan pOmpuan mase lunch time
Lunch time
Lelaki
1. Waktu lunch, jalan ke tempat makan
2. Sampai kedai makan, masuk
3. Ambik Pinggan
4. Letak nasi
5. Letak Lauk
6. Ke kaunter, Bayar nasi dan Air Sekali
7. Makan
8. Habis
9. Balik Opis or
10. G surau
Perempuan
1. Waktu lunch, jalan ke kedai makan
2. Perhatikan orang waktu jalan
3. Sempat mengumpat dulu
4. Sambil jalan betulkan tudung, tgk baju sendiri, tgk kaki
5. Tengok baju orang lain, especially yang cantik dr baju sendiri.
6. Sampai kedai makan, jenguk-jenguk dulu
7. Ramai orang, cari kedai lain.
8. Jalan lagi
9. Dah puas ati..masuk..
10. Survey lauk dulu 2, 3 minit.
11. Carik2 pinggan, ambik pinggan
12. Belek-belek pinggan, bersih ke??tak bersih?..eeeeiiii..
13. Dah puas ati, ambik nasi
14. Ambik nasi ceduk sikit-sikit
15. Tak sah kalau tak ceduk 2/3 kali
16. Buang balik nasi.banyak..
17. Tak puas ati, banyak lagi..buang lagi..(tinggal sejemput)
18. Godek2 sikit nasi dalam pinggan 2minit
19. Carik lauk. Survey dulu keliling meja. Tenguk sana, tenguk sini
20. Jengok dlm bekas lauk, ambik kuah sikit
21. Jengok bekas lauk lain, ceduk kuah sikit lagi
22. Jengok lagi?sambil tu tengok2 orang, jeling-jeling
23. Ambil lauk
24. Pusing lagi
25. Carik sayur pulak!
26. Ambik sayur selepas survey dan keliling 2 minit
27. Ke kaunter bayaran
28. Tgk2 nasi dlm pinggan
29. Berbisik ngan kawan “alaamak byk la aku ambik”
30. Sampai depan kaunter “berapa?”
31. Bukak dompet..belek2 celah kad2 bank, celah kad2 nama, celah gambar2..
32. Keluarkan duit
33. Buat isyarat mata ngan member (sbb nasi mahal)
35. Tutup dompet. Ambik nasi
36. Tinjau-tinjau tempat duduk.
37. Jumpa tempat duduk..alamak kotorlah!!!
38. Cari tempat duduk lain
39. Jumpa.Duduk..
40. Alamak.Air tak order lagi
41. Tinjau2, carik org order air..sambil tangan betulkan0 tudung
42. Order air
43. Bangun
44. Ambik sudu
45. Duduk
46. Bangun
47. Ambik Tisu
48. Duduk
49. Air sampai
50. Belek dompet (Step tadi)
51. Bayar
52. Tutup
53. Minum air
54. Start makan
55. Tengok-tengok orang sambil makan
56. Makan separuh..kenyang
57. Sebab dah minum air
58. Letak sudu, letak garpu
59. Pinggan tolak tepi
60. Borak2 kater makanan tak sedap
61. Ngumpat2..tgk orang
62. Pukul 2, naik opis..
63. Ambik beg makeup, g surau!!!!!
Tragedi Sahur
Semalam aku kuar ngan housemate aku Acap utk g beli beger sahur. aku kuar kul 12.45 malam sebab ada makhluk lain yg dok ganggu cosentrasi aku utk g kuar lebih awal. tetiba ja dlm perjalanan aku nak g kedai beger tu motor aku buat hal. tayar pecah plak dah. macam mana nak buat ni. 12.45 pagi ni. mana ada kedai bukak time nih. last2 aku tinggalkan member aku kat kedai beger n aku pon g stesen minyak berdekatan. nasib baik tak jauh ada la dlm 200m ja. then try isi angin motor tu. tetiba ja aku rasa ada angin yg betiup kat tangan aku balik. aku check rim tayar aku dah reput. bocor sebab karat dlm rim aku dah tikam tiub tayar. aaaaarrrgh abih plak duit aku bulan ni. aku cadang nak tukar sportrim je la tapi mahal tu. camne pon aku kena gak la. kita tgk apa nak jadi petang ni. jp g aku terpaksa survay n beli terus je. petang ni nak ride terus balik kulim nih. ada la dalam 2 jam setengah baru sampai. nak bebuka kat kampung la katakan
Assalamualaikum
Assalamaualaikum.
Dah lama rasa dihati ni teringin nak mengcreat blog sendiri bila asyik boring membaca blog org len. entah kenapa. Maybe this can change my whole life of exploring through my own life. rasa rugi sangat sebab banyak kenangan dlm hidup ni lupus can gitu saja. banayk sangat at least past 20 years nih. hope fully semua member2 yg terbaca atau terjoin blog ni sama ada tersengaja atau terjemput ke dalam blog yg tak seberapa ni….. but remamber im just new in this and hopefuly everybody can give advice or good comen about me. Kalau yg tak baik tu mintak simpan je lah…hehehe kalu nak bagi gak tu akan diterima dengan hati terbuka. insyaallah you can change me. mugkin diri ni ada banyak kelemahan yg perlu di perbetul.
Sempena Ramadhan A-Mubarakh ni aku mengucapkan selamat menjalankan ibadah puasa, ibadah wajib, sunat dan sebagainya untuk menjadi bekalan ke arena masa hadapan. Insyaallah
