Movijack’s Weblog

Just another WordPress.com weblog

Hmmm mendalam maksud dlm story ni. Bacalah utk peringatan kita

KEPADA YG MENJADI BAPA….

Seorang bapa pulang ke rumah dalam
keadaan letih disambut baik oleh
anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil
mengangkat briefcase ayahnya, si anak
itu bertanya kepada ayah…..

Anak: Ayah..ayah..boleh Amin tanya
satu soalan?
Ayah: Hmmm….nak tanya apa?
Anak: Ayah,berapa pendapatan ayah
sejam di pejabat?
Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa
sibuk-sibuk nak tanya?
Si ayah mula menengking.
Anak:Amin saja nak tahu ayah..
Tolonglah beritahu berapa pendapatan
ayah sejam di pejabat?
Si anak mula merayu pada ayahnya.
Ayah: 20 ringgit sejam.Kenapa nak
tahu?
Jerkah ayahnya lagi.
Anak: Oh..20 ringgit..
Amin menundukkan mukanya.
Anak: Ayah..boleh tak bagi Amin
pinjam 10 ringgit dari ayah?
Si ayah mula menjadi berang dan
berkata, “Oh,itu ke sebabnya kamu
tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak
buat apa dengan duit tu? Mintak sampai
10 ringgit? Nak beli mainan lagi??
Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu
senang-senang nak membazir ya..
Sudah,pergi masuk bilik.. tidur! Dah
pukul berapa nih…!!”
Si anak itu terdiam dan perlahan-
lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah
duduk di sofa sambil memikirkan
mengapa anaknya yang sekecil itu
meminta duit sampai 10 ringgit. Kira-
kira 2 jam kemudian, ayah kembali
tenang dan terfikir kemungkinan besar
anaknya benar-benar memerlukan duit
untuk keperluan di sekolah kerana
anaknya tak pernah meminta wang
sebegitu banyak sebelum ini.

Dengan perasaan bersalah, si ayah
melangkah menuju ke bilik anaknya.
Didapati anaknya masih belum
tidur.”Kamu benar-benar perlukan 10
ringgit? Nah.. ambil ni” Si ayah
mengeluarkan sekeping duit kaler
merah. Si anak itu segera bangun dan
tersenyum girang. “Terima kasih
banyaklah ayah!”

Lalu dia mengangkat bantalnya dan
mengeluarkan sekeping nota 10
ringgit yang sudah renyuk terhim pit
oleh bantal. Bila ternampak duit itu,
si ayah kembali berang. “Kenapa kamu
mintak duit lagi sedangkan kamu dah
ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana
kamu dapat duit tu??”

Amin tunduk… tak berani dia
merenung ayahnya. Sambil menggenggam
kemas duit itu, dia
menerangkan. ….”Duit ni Amin kumpul
dari belanja
sekolah yang ayah bagi hari-hari. Amin
minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab
Amin tak cukup duit…”

“Tak cukup duit nak beli apa??”
Jerkah ayahnya lagi.

“Ayah…. sekarang Amin dah ada 20
ringgit.. Nah..ayah ambil duit
ni. Amin nak beli sejam dari masa
ayah di pejabat tu. Amin nak ayah
balik kerja awal esok. Amin rindu nak
makan malam dengan ayah..” Jelas Amin
tanpa memandang wajah ayahnya…

Moral:
Kongsilah cerite ni ngan sesape aje
yg anda suka tapi..yang penting
sekali, kongsilah masa sebanyak 20
ringgit itu bersama2 dgn insan yang
anda sayangi. Ini hanyalah setitis
peringatan kepada sesiapa yang
bekerja keras sepanjang
hidupnya..yang bakal kerja sok lusa…
atau sesiapa saja yang selalu sibuk…

SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT HARI RAYA

October 2, 2007 - Posted by movijack | Uncategorized | | No Comments Yet

No comments yet.

Leave a comment